rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, October 18, 2010

The Golden Ratio Of The Earth

RaHsia Kejayaan :)

Mari Kita Lihat apa yang terkandung dalam Surah Al-Mu'minuun.


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

 Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif.
 Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya(Al-Mu'minuun 23:2)
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.



Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (Al-Mu'minuun 23:3



Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); (Al-Mu'minuun 23:4)


Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - (Al-Mu'minuun 23:5)



kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - (Al-Mu'minuun 23:6)







Monday, October 11, 2010

Erti Zina Hati

Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)

Secara mudahnya Zina hati ini:
Zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan dan berangan-angan untuk melakukan zina,tak kira lah wanita atau lelaki..


WaAllahualam..

Sunday, October 10, 2010

Solat Taubat -- Menyucikan Jiwa serta Dosa..

Allah Ta’ala berfirman,
Dan (juga) orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” (QS. Ali Imran : 135)
Sudah sepatutnya bagi seorang muslim untuk sentiasa berusaha bertakwa kepada Allah Ta’ala, juga selalu merasa dalam pengawasan-Nya, serta tidak terjerumus ke dalam maksiat. Jika pun seorang muslim berbuat dosa, maka sudah menjadi kewajipan baginya untuk segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah Ta’ala. Dan Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam telah mensyari’atkan shalat ini ketika saat bertaubat.

Dari Ali radhiyallaHu ‘anHu, bahawa Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam bersabda,

Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan shalat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya” (HR. At Tirmidzi no. 406, lafazh ini miliknya, Abu Dawud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395 dan lainnya, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih Sunan At Tirmidzi I/128)


Berikut beberapa doa mohon ampunan kepada Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah shalat :

Rabbanaa dzalamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa war hamnaa lakuunanna minal khaasiriin” yang ertinya “Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang – orang yang merugi” (QS Al A’raaf : 23)

AllaHumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiim” yang artinya “Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh karena itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (HR. Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)
Maraji’ :
Meneladani Shalat – shalat Sunnah Rasulullah, Syaikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Pustaka Imam Syafi’i, Bogor, Cetakan Kedua, Rabiul Awal 1425 H/ April 2004.

Teladan yang Baik..

Seperti yang kita tahu, umat Islam zaman sekarang mempunyai sikap yang mengikut telunjuk orang kapir! Malah ada yang berbangga dengan budaya Barat,Sekular . Ingatlah hadis rasulullah 
"Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya,"  
Riwayat Muslim

Alangkah indahnya jika semua penduduk bumi ini mempunyai perangai yang bagus...

Saturday, October 9, 2010

Makanan yang Bagusss~!

Semua ini adalah makanan-makanan sunnah. Jadi, lebih baik kita amalkan di samping mendapat pahala. :)

1. Kismis
Di dalam kitab Tib Annabawi (Perubatan Islam) menyebut hadis yang bermaksud "Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib (kismis).Ia menghilangkan keletihan, mengurangkan urat-urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit, dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

2. Kurma Ajwah
Sabda Nabi bermaksud "Barangsiapa memakan 7 biji Kurma Ajwah pada setiap pagi maka pada hari itu ia tidak akab dimudharatkan oleh keracunan dan sihir"
*** Keracunan memang banyak terdapat dalam minuman dan makanan di zaman moden seperti klorin, toksin, dan seumpamanya.

3. Kurma Madu
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana ianya mengandungi zat galian seperti Potasium, Kalsium, dan Zat Besi yang menyihatkan sel darah merah" (Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan, Fakulti Sain Pemakanan & Bioteknologi UPM)

4. Buah Tin
Ulama Tafsir Fakhruddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah Tin menyatakan khasiat Buah Tin di antaranya ialah mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak-kahak, lelah, membesih buah pinggang, sendi-sendi dan juga buasir.

5. Madu

Firman Allah dalam Surah An Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:
"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang yang mahu berfikir"

6. Habbatus Sauda'
RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati"

7. Minyak Zaitun
Menurut masyarakat orang asli Greek di Crete, MZ dapat menghindarkan seseorang itu diserang penyakit jantung. Ini kerana MZ dapat merendahkan kandungan kolesterol dalam badan. Malah menurut pakar kajian Sepanyol, MZ dapatmencegah badan daripada kanser kolon.

8. Za'faran
Dalam kitab perbatan karangan Abdul Latif 'Asyur, menyebut tentang Za'faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saiyidina Ali K.W pernah menyatakan tentangnya:
"Sesiapa yang mengambil Za'faran tulen dan su'di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak 2 kali pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga melakukan sihir".

Sumber: 21 RAHSIA MENDAPAT KEBERKATAN ILMU (Susunan: Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said)

Kekalkan Silaturahim :)

"Silaturahim itu tergantung di 'Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"
HR. Bukhari dan HR. Muslim, No. 2555.