twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, October 9, 2010

Makanan yang Bagusss~!

Semua ini adalah makanan-makanan sunnah. Jadi, lebih baik kita amalkan di samping mendapat pahala. :)

1. Kismis
Di dalam kitab Tib Annabawi (Perubatan Islam) menyebut hadis yang bermaksud "Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib (kismis).Ia menghilangkan keletihan, mengurangkan urat-urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit, dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

2. Kurma Ajwah
Sabda Nabi bermaksud "Barangsiapa memakan 7 biji Kurma Ajwah pada setiap pagi maka pada hari itu ia tidak akab dimudharatkan oleh keracunan dan sihir"
*** Keracunan memang banyak terdapat dalam minuman dan makanan di zaman moden seperti klorin, toksin, dan seumpamanya.

3. Kurma Madu
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana ianya mengandungi zat galian seperti Potasium, Kalsium, dan Zat Besi yang menyihatkan sel darah merah" (Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan, Fakulti Sain Pemakanan & Bioteknologi UPM)

4. Buah Tin
Ulama Tafsir Fakhruddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah Tin menyatakan khasiat Buah Tin di antaranya ialah mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak-kahak, lelah, membesih buah pinggang, sendi-sendi dan juga buasir.

5. Madu

Firman Allah dalam Surah An Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:
"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang yang mahu berfikir"

6. Habbatus Sauda'
RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati"

7. Minyak Zaitun
Menurut masyarakat orang asli Greek di Crete, MZ dapat menghindarkan seseorang itu diserang penyakit jantung. Ini kerana MZ dapat merendahkan kandungan kolesterol dalam badan. Malah menurut pakar kajian Sepanyol, MZ dapatmencegah badan daripada kanser kolon.

8. Za'faran
Dalam kitab perbatan karangan Abdul Latif 'Asyur, menyebut tentang Za'faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saiyidina Ali K.W pernah menyatakan tentangnya:
"Sesiapa yang mengambil Za'faran tulen dan su'di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak 2 kali pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga melakukan sihir".

Sumber: 21 RAHSIA MENDAPAT KEBERKATAN ILMU (Susunan: Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said)

No comments:

Post a Comment